Sunday, December 04, 2005

Tidak fasih membaca

1) Memperbanyakkan latihan membaca.
2) Utamakan latihan membaca al-quran khususnya surah al-Fatihah kerana ia adalah rukun solat.
3) Menggunakan sistem [talaqqi]. Minta adik saudari membaca kitab di hadapan saudari selama 2 jam setiap hari. Jika dia salah ketika membaca, betulkan kesalahannya serta merta. Kemudian, jika ada perkataan-perkataan yang sukar difahami ,terangkan kepadanya. Dengan kaedah inilah ulama'-ulama' kita belajar dan memperolehi kemahiran membaca dengan fasih. Cara ini akan berkesan dengan izin Allah.
4) Hidupkan budaya membaca di rumah khususnya membaca al-Quran. Persekitaran yang baik akan memberi kesan yang baik denga izin Allah.
5) Apabila saudari melihat adik saudari telah meningkatkan prestasi pembacaannya, doakanlah dia dengan doa-doa yang baik seperti; "Semoga Allah memberkatimu wahai adikku" dan berikanlah hadiah kepadanya. Gembirakan hatinya selalu dan tanamkan minat membaca dalam dirinya.
6) Sentiasa membawa adik saudari ke perpustakaan negeri dan kedai-kedai buku. Ini akan memupuk minat membaca di dalam dirinya.
7) Sentiasa menasihatinya agar berubah. Ucapkan kata-kata yang lembut. Jangan sekali-kali anda memarahinya, kerana ia akan menyebabkan adik saudari benci kepada kitab-kitab.
8) Ajarkan kepada adik saudari agar membaca doa penerang hati ini setiap kali ingin membaca. Kalau boleh suruh dia hafaz dan faham maknanya. Jadikan perbuatan membaca doa ini sebagai tabiatnya. Doa tersebut ialah :
((Rabbi Isyrahli Sadri Wa Yassirli Amri Wahlul Ukdatan Min Lisani.))
Maksudnya : Ya Tuhanku! Lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah untukku urusanku, dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku supaya mereka mengerti perkataanku. [Surah Toha; ayat 25-28]
9) Ambil sebotol air masak dan bacakan di dalamnya jampi-jampi dibawah:-
a) Bismillah
b) Surah al-Fatihah
c) Baca doa ini : Allahumma La Sahla Illa Maa Jaa'ltahu Sahla Wa Anta Taja'lul Huzna Izaa Syi'ta Sahla
Maksudnya : Ya Allah! Tidak ada perkara yang mudah malainkan apa yang engkau permudahkan, dan Engkau menjadikan sebuah bukit kepada kawasan yang rata jika Engkau kehendaki.
[ Hadis diriwayatkan oleh Ibnu HIbban di dalam Soheh Ibnu Hibban no: 2427, dan Ibnu Assinny no: 351, dan berkata Al-Hazif Ibnu Hajar bahawa hadis ini soheh, dan disohehkan oleh Abd. Qadir Al-Arnaut didalam takhrij Al-Azkar: An-Nawawi ms.106 ]
d) Kemudian berdoa kepada Allah agar diterangkan hati adik daudari dengan Iman dan taqwa.
f) Berikan Air tersebut kepadanya untuk diminum setiap hari. Insya Allah ia akan berkesan. Amiin.

No comments: